Era baru Mus bersama Wings Mustaffa_Din

Ketika Mus kelihatan terumbang-ambing dalam industri muzik ini beliau telah ditawarkan untuk menyertai kumpulan Wings. Ekoran dari Awie meninggalkan kumpulan Wings dan ketidakstabilan vokalis Wings ketika itu iaitu Mel, Black (Wings) yang pernah bersama Mus ketika di dalam Kumpulan Strangers dahulu telah mengusulkan cadangan kepada Joe (Wings) untuk mengambil Mus sebagai penyanyi Wings yang baharu.

Lagu"Biru Mata Hitamku" telah berjaya mengekalkan kepopularitian kumpulan Wings. Tidak lama selepas itu Mus kembali menganggotai kumpulan May setelah Awie kembali menyertai Wings.